NUR NAILAH INSYIRAH- my little princess

Assalammualaikum semua!

Rasullullah bersabda "setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapa yang menjadikannya yahudi, Nasrani ataupun Musyrik" (sahih Muslim)

Nur Nailah Insyirah, entry terbaru hari ni.hhihi...actually nama ni nama my little princess, my sweetheart, my love dunia akhirat..siapa tak sayang anak kan, selama 9 bulan lebih kita bawa dia dalam perut, tengok perkembangan dia menendang2 perut kita, perasaan yang tak dapat digambarkan saat tu, and bila lahir pulak tengok  muka dia terdetik kat hati  "laa ini dia budak yang duk dalam perot ibu yea..."

Nur Nailah Insyirah seindah nama mu anak, cahaya yang sentiasa memberi kebahagiaan, nak letak nama anak bukan mudah, saya dan suami naek pening pk kan nama baby, last2 saya suruh adik saya farhan carikan nama yang sesuai untuk puteri kecil ni. sampai tak tidor pak ngah dia cari nama..haha

NUR = CAHAYA
NAILAH= YANG SENTIASA MEMBERI/ NAMA ISTERI SAIDINA UTHMAN
INSYIRAH= KEBAHAGIAAN/ KEGEMBIRAAN/ YANG MELAPANGKAN DADA

Koleksi Nama Anak Terindah oleh Marzuki Mohd Noor

Sempat gi beli dekat Mydin Mitc beberapa hari sebelum melahirkan my little princess Nur Nailah.
overall buku ni memang best sebab ada nama tokoh-tokoh Islam lelaki dan perempuan beserta kisah mereka, senarai nama anak lelaki, anak perempuan, gabungan nama terindah anak lelaki dan perempuan dan juga senarai nama-nama yang dilarang.


Nailah- yang suka memberi

Insyirah- kegembiraan/kebaikkan hati/kelegaan/kelapangan
kebetulan ade nama anak saya dalam buku ni...hihi, suka sangat2...bila adik bagi nama ni saya rasa terus suka especially bila tau maksudnya yang sangat indah & bila tanya suami dia pun tak kisah,so inilah nama terpilih untuk my little princess. 

hari ke 5 suami daftarkan nama si kecil ni kat jabatan pendaftaran...

tadaaaa!
My Kid Nur Nailah Insyirah

yeay! officially namanya tertulis di surat beranaknya..hihi
tak lama pun gi daftar nama si kecil ni, dalam 20 minit siap, siap ada mykid lagi...

hai Nur Nailah Insyirah, moga dikau menjadi anak yang seindah namamu, yang sentiasa memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua orang especially ibu dan ayah mu nak...

doa ibu untuk Nailah...

"ya ALLAH, dia puteri solehah kami, dia permata kami, satu pintaku, moga dia sentiasa didalam peliharaanMU, didalam perlindunganMU, jika Kau ingin mengambilnya ambil lah dalam keadaan yang Kau redhai, moga Nur Nailah Insyirah akan menjadi penghuni syurgaMu."


p/s: Nur Nailah, sedikit coretan ibu buat adik bila adik dah besar nanti, kalau ibu yang pergi dulu Nailah kuat ye nak, ibu sayang sangat2 kat adik, adik kena jaga diri, jadi hamba yang bertaqwa ye sayang.

p/s: ibu tidak tenang tanpamu sayang!



WITH LOVE,
Ibu MU...

Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

PENGALAMAN BERSALIN CAESAR