WAHM: Kelebihan Bangun Awal Pagi.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud " Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi" -riwayat at tirmizi.


Hai Assalammualaikum salam ceria dan positif dari saya pada hari yang penuh barakah. Hari jumaat yang indah semoga rakan-rakan pembaca diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Antara dugaan yang paling hebat untuk saya yang bergelar WAHM ni adalah untuk terus celik mata seusai solat Subuh. Ya, bila berjaya lawan godaan tidur pada awal waktu pagi Masha Allah banyak sangat kelebihannya!

Antara kelebihan bila kita mampu menguasai pagi kita:



Bangun sebelum matahari terbit atau sebelum subuh dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan tenang sekaligus ia mampu mengurangkan stress dalam diri kita. Fikiran yang lebih fresh akan membuahkam idea-idea yang lebih bernas dan menarik, bahkan semua kerja yang kita lakukan akan menjadi lebih efisien dan efektif. Hormon kortisol dalam badan kita akan lebih meningkat supaya badan bersedia untuk bekerja dengan lebih berqualiti.


1) Sarapan amat penting bagi membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita sepanjang hari. Bahkan kajian menunjukkan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukkan kerana makanan yang diambil pada waktu pagi akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi. Dan agak menakutkan jika tidak mengambil sarapan ia boleh merosakkkan sel-sel otak kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga. 😱


2) Bagi ibu-ibu yang bekerja di rumah, gunakan masa pagi anda sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi waktu anak-anak anda masih lena dibuai mimpi. Bila kerja anda beres awal, anda boleh menikmati lebihan masa bermain bersama anak-anak anda. Ianya pasti mengujakan!


3) Bangun pagi boleh bersenam sambil menyedut udara pagi yang bersih, nyaman dan segar. Aktiviti ini sangat baik untuk seluruh badan kita. Bab senaman ni malas betul nak keluar rumah. Hehe. Senaman sambil pegang batang mop dan batang penyapu pon okay apa. Hehe


5) bangun lewat kerja juga jadi asal boleh. Kita akan mula hilang mood, serabut dan mulalah buat kerja dengan terburu-buru. Hasilnya kerja jadi ala kadar dan tidak berkualiti. Lebih malang bila semua kerja dibiar sepi.


Rancang masa anda pada malam hari dan berazam untuk bangun pada pagi hari untuk aktviti yang berkualiti. Terdapat juga tips merancang masa untuk elak stress di rumah yang boleh membantu anda menguruskan masa di rumah dengan bijak.

Terima kasih.

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Shaklee? Jadi suri rumah berpendapatan tanpa had dari sekarang. Hubungi saya untuk maklumat lanjut
Puan Farah
Coordinator Shaklee
013-2120792



Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

PENGALAMAN BERSALIN CAESAR